Friday, 21 June 2013

Maaf,Ini pilihan MuktamadKu!

Semusim lalu
Kita bertemu indah
Tatkala mengejar impian
Saling mendorong
Saling membina harapan bersama
hingga ke kemuncak jaya

Namun takdir siapa tahu,
Kerana kesibukan dan keegoan
Kita terpisah bertahun lamanya
Membawa haluan ...
sedang hati ini hanya merintih
dan tertanya saban hari mengapa
aku ditinggalkan tanpa penjelasan pasti

Namun,
Tuhan itu adil
Sekali lagi mempertemukan kita
Mengenang kembali
Cinta yang terabai lalu..

Betapa gembiranya hati ini
Dapat mencintai semula
lelaki yang sangat kucintai suatu ketika dulu
Lelaki yang membanggakanku
Dalam hati sangat bersyukur
apatah lagi
Hadirmu selepas ku kehilangan seseorang 3 tahun lepas
Murninya hatimu...
Menerimaku seadanya
Tuhan terima kasih...
Hati kecilku bersyukur
Masih ada cinta untukku...

Kusangka mimpi ini manis selamanya
akan disimpul dengan ikatan murni
Terbayang di mata
Berjalan bersama ke altar yang kudus
Bergandingan tangan erat
Bersumpah janji setia
Hidup saling menerima dan setia
sampai ke syurga
bersaksikan ibu bapa,sahabat handai
dan saudara mara

Rupanya...
Mimpi ini ngeri
Pertemuan semula ini
Memberiku peluang mengenalimu lebih dalam
Menjawab persoalan mengapa aku ditinggalkan seketika dulu...

komitmen dan cinta kita berbeda
Kudamba kesetiaan dan kejujuran
tetapi padamu
hidup untuk seperti helang di langit
tebang bebas tanpa komitmen...
Benar,
aku bukanlah baik sangat
tetapi aku tidak mahu sengsara
akan azab neraka di dunia akhirat kelak..

Maafkan aku...
Aku memilih untuk berhenti di sini
Harapan dan cinta ini
Kuabadikan pada DIA
Tiada kesalanku...
Kerana aku pernah bertemu dan bercinta
Pintaku,
redha... dan pasrahlah
Kita ditemukan bukan untuk bersatu
Kerana telah tertulis di buku kehidupan
Kamu bukan milikku..
Lupakanlah....
Hiduplah dengan bahagia dan gembira
Cinta bukan paksaan.....








No comments:

Post a Comment