Monday, 24 June 2013

Kata Mu

Katamu...

Katamu
Kamu cintakan ku
Kamu menyayangiku
Kamu ingin menjagaku
seumur hidupmu
Dengan setulus hati

Lalu
Ku memberimu ruang
untuk bertakhta di hati ini
Menyulam rindu
Menyimpul janji untuk hidup bersama
sampai ke syurga

Alangkah bahagianya ku rasakan
Seakan dunia milikku..
Pada Tuhan ku memanjat kesyukuran
Rupanya masih ada cinta suci buatku
Mewarnai hari-hariku
Menemani hari-hari tua ku kelak
Menikmati indahnya ciptaan Ilahi

Belum pun mimpi ini teguh
Tatkala hati mula tersenyum manis
Menghitung hari-hari istimewa
Megabadikan cinta dengan ikatan sah
Kamu menghadiahkan mimpi ngeri bagiku
Kamu menghilang tanpa pesan
Tanpa penjelasan

Kamu meninggalkan ku terkapai-kapai
Mencari jawaban
Mengapa dan kenapa?
Seketika kamu muncul
Katamu kamu ingin menjadi sahabat cuma
Tidak ingin bercinta seketika
antara rela dan terpaksa
Ku tertunduk memujuk hati
Merelakan....

Namun,
Tuhan itu baik
Orang benar jatuh
tidak dibiarkan-Nya jatuh terus
Kerana kasih sayangNya mendahului segalanya
akhirnya kenyataan terbukti
Rupanya dalam diam engkau
telah berpacaran dengan gadis lain
Menipuku..menghancurkan hati yang ingin menagih kasihmu

Sakit,hancur,kecewa dan marah
Semuanya bercampur-campur
Benci..
Ya aku memang benci
ditipu olehmu
Tergamak kamu mempermainkan hati ini
Di manakah nuranimu????
Apakah aku cuma persinggahan?

Kini kau datang lagi
Menagih cinta
Tapi maaf ...
Aku tidak mahu menjadi perempuan bodoh lagi
Pergilah...
Kejarlah perempuan itu
Di sini,
Sesusah manapun
aku tetap akan berdiri
Bangkit memartabatkan semula diri yang hancur olehmu

Tuhan,
Maafkan aku
Maafkan kebodohanku
Pintaku
Berikan aku peluang sekali lagi
Untuk meluruskan langkah-langkah ini
Hingga pada suatu hari nanti
Aku berdiri tersenyum megah
Di puncak bahagia bersama
Keluarga tercinta...


comelnya.....

Friday, 21 June 2013

Maaf,Ini pilihan MuktamadKu!

Semusim lalu
Kita bertemu indah
Tatkala mengejar impian
Saling mendorong
Saling membina harapan bersama
hingga ke kemuncak jaya

Namun takdir siapa tahu,
Kerana kesibukan dan keegoan
Kita terpisah bertahun lamanya
Membawa haluan ...
sedang hati ini hanya merintih
dan tertanya saban hari mengapa
aku ditinggalkan tanpa penjelasan pasti

Namun,
Tuhan itu adil
Sekali lagi mempertemukan kita
Mengenang kembali
Cinta yang terabai lalu..

Betapa gembiranya hati ini
Dapat mencintai semula
lelaki yang sangat kucintai suatu ketika dulu
Lelaki yang membanggakanku
Dalam hati sangat bersyukur
apatah lagi
Hadirmu selepas ku kehilangan seseorang 3 tahun lepas
Murninya hatimu...
Menerimaku seadanya
Tuhan terima kasih...
Hati kecilku bersyukur
Masih ada cinta untukku...

Kusangka mimpi ini manis selamanya
akan disimpul dengan ikatan murni
Terbayang di mata
Berjalan bersama ke altar yang kudus
Bergandingan tangan erat
Bersumpah janji setia
Hidup saling menerima dan setia
sampai ke syurga
bersaksikan ibu bapa,sahabat handai
dan saudara mara

Rupanya...
Mimpi ini ngeri
Pertemuan semula ini
Memberiku peluang mengenalimu lebih dalam
Menjawab persoalan mengapa aku ditinggalkan seketika dulu...

komitmen dan cinta kita berbeda
Kudamba kesetiaan dan kejujuran
tetapi padamu
hidup untuk seperti helang di langit
tebang bebas tanpa komitmen...
Benar,
aku bukanlah baik sangat
tetapi aku tidak mahu sengsara
akan azab neraka di dunia akhirat kelak..

Maafkan aku...
Aku memilih untuk berhenti di sini
Harapan dan cinta ini
Kuabadikan pada DIA
Tiada kesalanku...
Kerana aku pernah bertemu dan bercinta
Pintaku,
redha... dan pasrahlah
Kita ditemukan bukan untuk bersatu
Kerana telah tertulis di buku kehidupan
Kamu bukan milikku..
Lupakanlah....
Hiduplah dengan bahagia dan gembira
Cinta bukan paksaan.....








Wednesday, 17 October 2012

Id Kandaman Id Kalangadan

" Without awareness, it's enter 3years 4 months you left me forever.
They thought everything is forgetton..
The truth your smilling,kindness and love
Still around of me
Played
Through Days or night
Holding myself tightly...
Forgive me God
I still can't erase
this special gift
that You have ever given to me.."

The Colourful of My village


Bunga Raya..Bunga Raya,Bunga Raya...
My Honour,Kerinduanku,Kalandaganku


(For Whom May Concern-TQ for this Pic )

My Village also is one of the biggest produce and supplying of the ginger
in Keningau Town. Of course,my parents also plant this crop since 4 years ago and every month i pay a few people to help my father & mother to seed or harvest the crop (LIke Farmville Game lo).Wait ,my R &D soon.I try to get more info how many people involve this plantation.



(For Whom May Concern-TQ for this Pic )

"Tul lung"(Bahasa Dusun) or Lada Putih In Malay.Huh..very hot but very delicious. Cook with Ikan Masin,Losun (Local Union Green Colour),asam jawa and tomato or maybe with brinjal.Try it and maybe you will fall in love with it...



"Topu" or Bunga Kantan. Also can find in my village. Suitable to eat with chilli and rice. Ha..ha...one of my favourite.Don't you?

(For Whom May Concern-TQ for this Pic )

"Mengasok or Menugal" padi Bukit View. Have you try?This job built up the teamwork among the people in my village.Normally, the guys "Mengasok"- make the hole with the wood stick on the ground and following by the woman at the back side to feed the Paddy Seed into the every hole have made.Need skill to make faster..


(For Whom May Concern-TQ for this Pic )

"Mengetam Padi" or Menuai Padi by teamwork.Very like it

(For Whom May Concern-TQ for this Pic )

"Mengiyop" or mengangin Padi.After harvesting the Paddy Field, the farmer will store and separated the paddy by quality. They doing the "Mengiyop" activities to throw away the unwanted paddy.The best quality finally will be store at the "Ladkau-small cottage" to avoid rain or mouse.

(For Whom May Concern-TQ for this Pic )

"Podsilang" or Menjemur Padi under the hot sun before processing to rice.


Friday, 12 October 2012

My Beautiful Village


Kampung Bunga Raya,Keningau,Sabah

 SK.Bunga Raya,Keningau,Sabah

Kemudahan sekolah rendah jenis kebangsaan yang terdapat di kampungku.Di sinilah bermulanya perjalananku untuk mencari dan menimba ilmu sebagai pelita hidup.Walaupun cukup sederhana,aku bangga menjadi murid di sekolah ini.Seorang budak perempuan berambut ekor kuda diikat dua.Malas belajar,asyik bermain guli dan main getah dengan budak lelaki.Tamat sesi pembelajaran, datang sekolah lagi bermain-main dengan kawan2 sampai petang.Betul2 tak belajar.Tapi pejam celik,aku lepas juga.Sekadar kenangan,di sini juga aku pernah dirotan krn tak pandai bermain seruling,berjabat tangan dengan lelaki buat pertama kali atas arahan Guru Besar krn gaduh.Osfs..Cikgu Mansur,Nasir,Masir,Painin dan cikgu Tairin Lontou.Thanks a lot.



                                 Kemudahan Klinik Desa,
                        Kampung Bunga Raya,Keningau,Sabah



                         Gereja Katolik St Fabianus,
                       Tonobon Baru Keningau,Sabah


Lokasi Tempat Menarik.


WATER PUMP 1

Bekas Sumber air untuk pengairan air kolam milik seorang tauke cina Mr Lim 10 tahun yang lalu di Kampung Bunga Raya. Dahulunya kawasan sekeliling kolam ini bersih dan terjaga tetapi sejak aktiviti perniagaan ditamatkan maka kawasan ini terbiar.Mujur ada usaha pihak Gereja katolik ST Fabianus,Tonobon  Baru (Bunga Raya) untuk cuba memelihara kawasan ini semula. Abang tiri saya,bekas supervisor di ladang penternakan ayam, pemeliharaan ayam dan penanaman jambu batu. Seronok dapat makan ikan free tetapi kenangan pahit di salah satu kolam yg trdpt di sini saya hampir lemas kerana ditarik oleh anak buah saya yang hampir lemas.Tak tahu macam mana kami selamat.

WATER PUMP 2
Hijau dan mesra tetapi bahaya. Kedalaman kolam ini tidak pernah terjejas meskipun kemarau panjang di kampung kami.



WATER PUMP 3


Anak Sungai 1

Ha..ha...ha...Kampung saya memang tiada sungai yang besar.Hanya sungai Monggitom yang kecil ini saja.

Anak Sungai 2

Bolehlah mandi-manda.Tetapi baik mandi di rumah saja ba.


Poem,Short Story, Words Of Wisdom,etc

Just to encourage ourselves
Because Life is a journey
and everyone have the weakness
Thanks for those who share or tag this wisdom words
I'm so happy
I really like this..